Home
Uncategories
Seandainya Aku Menjadi Pilihanmu
ALKAHFI
Sekiranya kau pilih aku sebagai
permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redha_Nya
,bukan membuka jalan untukku melangkah ke Neraka.Tutuplah matamu memandangku
kerana rupa, harta dan kelebihanku,
pandanglah aku dengan
kekuranganku,Nilai kembali niatmu,masihkah kau sanggup menghadapi segala
kelemahanku.
Sekiranya kau pilih aku sebagai
permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan
merinduimu,
Hentikanlah madah-madah terindahmu
untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,aku
mohon agar kau sandarkan niatmu,kepada yg menentukan ,aku pinta agar kau
sentiasa dalam Istikharah,agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian
sementara.
Sekiranya kau pilih aku menjadi
permaisuri hati,
Ketahuilah ,tidak ku pinta kemewahan
dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,tetapi aku
minta,
Jadikan aku suri yang bisa
mendapatkan Istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,Untuk bersamamu
lagi sesudah mati dalam redha_Nya.
Sekiranya kau pilih aku dan jika
Allah mengizinkan aku memilihmu,Ketahuilah,aku akan memilihmu kerana_Nya.
Saat itu apabila aku
tertanya-tanya,kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku
kerana_NYA”
" Ya Allah,tutuplah mata ini
dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku
berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba.
"Ya Allah, aku serahkan hatiku
pada_Mu.. Jaga hatiku dan kembalikanlah padaku hanya bila Kau mengatakan bahawa
dia lah yang terbaik untuk aku serahkan hatiku padanya...
Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Maha
Melindungi dan Maha Memelihara...Peliharakanlah hatiku agar aku tidak salah
dalam melabuhkan cintaku.. Dan bila aku menemui orang itu, tunjukkanlah aku
jalan yang meyakinkanku bahawa dialah jodohku yang telah Engkau tetapkan
untukku...bimbinglah aku agar rasa cintaku padanya tidak akan pernah
berunsurkan nafsu semata dan agar cintaku sentiasa berada di landasan yang
benar, mencintai untuk mendapatkan redha_Mu .
Ya Allah... Ya Rabbal Alamin, jika
cinta ini memang bukanlah dari_Mu, dan bukanlah yg telah Engkau pilihkan
untukku, maka jagalah hatiku dari tergoda, agar sisi putihnya hati dapat
melihat isyarat itu dan terjaga diri ini dari sakit, kecewa dan cinta yg
berlebih kerana hadirnya.
Jagalah hati ini agar hanya tertaut
kepada cinta yg terpaut pada_Mu, berharap cinta ini tertawan, oleh yang hatinya
telah tertanam untuk mencintai_Mu, kudambakan rindu yang hadir menyapa, hanya
kepada insan yang merindukan sujud kepada_Mu.
Secuil fitrah cinta ini tak pernah
mampu menerima cinta_Mu, meski sebesar zarrah. Maka biarkan cinta ini hanya
berlabuh kepada cinta yang Engkau pilih dan halalkan untukku. Sesungguhnya
hanya pada_Mu ku berserah..
Aamiin Ya Rabbal'Alamin ..
0 komentar:
Posting Komentar