Apakah perbezaan antara Makrifaf orang Syariat, orang Thariqat dan orang Hakikat ?
JAWAPAN :
* Makrifat orang SYARIAT itu ialah hanya mengenal hukum yang zahir sahaja seperti mengenali haram, halal, batal, harus, fardhu dll.
* Makrifat orang THARIQAT itu ialah mengenali yang halus-halus seperti riya' , 'ujub, sum'ah, takbur, dll berupa sifat madzmumah yang dicela oleh Syarak.
Selain itu, mengenali kasih sayang Allah Ta'ala terhadap hamba-Nya dan mengenali baik dan jahat , zahir dan bathin.
* Makrifat orang HAKIKAT itu ialah:
1.Mengenali antara Zat dan Sifat
2.Tidak terhalang / terlindung / terhijab pandangan yang zahir kepada yang bathin
3.Tidak terdinding / terhijab pandangan yang bathin kepada yang zahir.
0 komentar:
Posting Komentar